Friday 23 September 2011

WANITA

wanita.....

wanita solehah itu auratnya d'jaga,
pergaulan d'pagari,
sifat malu pngikat diri,
seindah hiasan di dunia...

keayuan wanita solehah itu...
x tletak pda k'cntikan wjahnye...
kmanisan wanita slehah itu...
x tletak pda kmanjaannya...
daya penarik mnita slehah itu bkan pada kmanisan bicaranya...
yg bisa menggoncang iman para muslimin...
dan bkan tletak pda kbijaksanaannya bermain lidah memujuk rayu....

kehebatan wanita itu tdak pda brang kmas yg d'pkai atau k'kayaannya...
tp pda perjuangannya meningkatkan martabat agama...

Nafsu mngatakan wnita cntik dngan pras rupa...
yg indah bak permata yg bsinar...
Akal mngatakan wanita cantik dngan ktinggian ilmu...
Hati mngatakan kcntikan wnita itu ada pda akhlaknya...
itu pon seandainya hati itu bersih untuk mnilai...

wahai wnita jngan d'bangga dngan kcantikan luaran....
kerana satu hari ia akan pudar d'telan zaman..
Tapi pliharalah kcantikan dalaman agar sntiasa m'ndapat rahmat dari Illahi....

Thursday 22 September 2011

PESANAN BAGI DIRI


"" Pesan pada DIRI, jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tidak sudi, pada insan yang tidak mengerti, kerna sekali kita memberi, selamanya dia di HATI. Sekali kita dilukai, sampai bila-bila tetap kita ingati. Pesan lagi pada DIRI, hati-hatilah memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI. HATI & PERASAAN ini hanya untuk yang MENYINTAI & MENYAYANGI kita dengan SEIKHLAS HATI..""

Wednesday 21 September 2011

cerpen mingguan

Jam sudahpun menunjukkan pukul 11.00 malam ketika Mansur duduk merebahkan diri di ruang tamu rumahnya. Dalam fikiran Mansur tentu  isteri dan anaknya Mira sudah tidur nyenyak. Tapi kenapa pintu bilik Mira masih terbuka? Mansur terpegun sebentar berdiri di depan pintu bilik Mira. Rupa rupanya Mira tertidur di meja belajarnya. Ditangan kanannya masih memegang pensil seolah olah baru selesai menulis sesuatu di dalam diarinya dan disisinya pula ada segelas kopi yang sudah pun sejuk.
Mansur terus mengangkat Mira ketempat tidurnya. Selepas itu dia mengemas meja belajar Mira yang berselerakkan dengan buku buku.  Sebelum Mansur menutup diari Mira, dia ingin melihat apa yang ditulis oleh Mira itu.  Mansur termenung sejenak bercampur sedih selepas membaca diari tersebut kerana apa yang tertulis didalamnya, semua ceritanya berkisar tentang diri Mansur. Dan yang paling menyentuh hatinya ialah tulisan Mira ditiga lembaran terakhir diari itu.
Di lembaran pertama Mira menulis : "Hari ini ayah tidak jadi menemaniku ke Pesta Buku, mungkin ayah terlalu sibuk dengan pekerjaannya. Aku amat faham dengan kesibukanmu ayah."
Tiba tiba Mansur teringat beberapa minggu yang lalu Mira memang ada mengajaknya ke Pesta Buku tersebut.  Dia sendiri telah berjanji dengan Mira yang dia akan mengambil cuti untuk menemani Mira memandangkan sekarang ialah musim cuti sekolah penggal yang pertama."Ayah, minggu depan ada apa apa program tak?"  Mira bertanya sewaktu Mansur baru hendak melangkahkan kaki untuk ke pejabat pada pagi itu.
Mansur tidak menjawab pertanyaan Mira itu sebaliknya bertanya semula kepada anaknya itu,”Ada apa sayang?"  "Kalau Ayah tak ada apa apa, boleh tak Ayah temankan Mira ke Pesta Buku minggu depan?" tanya Mira lagi."Insyaallah Mira, kalau tak ada apa apa hal Ayah akan ambil cuti tahunan ayah untuk temankan Mira,ok. ” Mansur memberikan jawapan seolah olah sekadar untuk melegakan hati anaknya itu.
"Terima kasih, ayah," sambut Mira dengan wajah yang sangat gembira sambil mencium pipi Mansur.  Mansur hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya itu yang begitu manja dengannya. Di lembaran kedua Mira menulis lagi : "Hari ini sekali lagi ayah tidak jadi menemaniku ke kedai komputer, kerana aku hendak membeli dakwat printer aku yang sudah habis.  Banyak projek sekolah aku yang mesti dihabiskan dalam masa beberapa hari ini. Sebenarnya aku sudahpun mengajak Ibu, tapi kan bagus kalau Ayah dapat ikut sekali. Tapi..... lagi-lagi ayah sibuk".
Sekali lagi Mansur teringat yang anaknya itu memang pernah mengajaknya pergi ke kedai komputer itu bersama sama ibunya.  Mansur sudah faham benar dengan kerenah Mira kalau hendakkan sesuatu mesti dia akan bertanya seperti ini, "Ayah petang nanti sibuk tak atau Ayah ada apa apa program tak petang nanti?"
Kata kata lembut yang keluar dari mulut anaknya itu membuatkan Mansur tidak dapat memberikan jawapan ‘TIDAK’, walaupun kadang kadang dia memang benar benar sibuk. Di lembaran terakhir Mira menulis : "Hari ini dan untuk kesekian kalinya Ayah telah mengecewakan aku lagi kerana masih tidak dapat menemaniku ke pasar malam di tempat ku .

Pagi tadi aku mengajak Ayah ke pasar malam di tempat kami kerana hari ini adalah hari terakhir pasar malam itu. Aku sudahpun berjanji dengan Pak Man, penjual anak patung di pasar malam tersebut, yang aku akan membeli anak patung yang ditawarkan petang tadi sewaktu Pak Man lalu depan rumahku. Aku katakan pada Pak Man yang malam ini aku akan pergi bersama Ayah dan Ibu ke pasar malam dan aku akan membeli anak patung itu.
Tapi kerana Ayah masih belum balik lagi tentu Pak Man sudah pun menjualnya pada orang lain.  Pak Man, maafkan Mira ye!. Besok pagi pagi Mira akan  tunggu Pak Man depan rumah Mira dan minta maaf pada Pak Man kerana Mira tak dapat pergi ke pasar malam semalam. Kali ini Mira yang akan minta maaf dulu sebab Mira yang berjanji, selalunya Pak Man yang terlebih dulu minta maaf bila Pak Man tengok Mira sudah menunggu di depan rumah menanti suratkhabar yang Mira pesan itu.
Pak Man selalu cakap,”maafkan Pak Man, Mira, hari ini Pak Man terlambat,” padahal sebenarnya Pak Man tak lambat pun cuma aku yang terlalu cepat menunggu.
“Pak Man tak mau kecewakan Mira kerana Mira sudah berpesan pada Pak Man yang kalau boleh hantar suratkhabar cepat cepat sebelum Mira pergi ke sekolah.  Cuba kalau betul betul Pak Man lambat tentu Mira akan kecewa.  Pak Man tak mau kecewakan harapan orang kerana memang susah untuk menyembuhkan hati orang yang kecewa kecuali kita minta maaf dengan tulus ikhlas pada orang yang telah kita kecewakan itu.”
Tiba tiba aku teringatkan Ayah aku.  Aku amat sedih sekali kerana selama ini belum pernah sekali pun Ayah minta maaf padaku, bila Ayah tidak dapat melayan kehendakku kerana mungkin Ayah menganggap yang anaknya ini  masih kecil, tentu tak tau apa itu perasaan sedih, kecewa atau kecil hati.
Aaa…ah.  Aku tak nak bersangka buruk pada Ayah walaupun sebenarnya aku sangat kecewa dengan sikap Ayah tapi aku tidak ingin menyimpan kekecewaan itu didalam hatiku. Bahkan hatiku selalu terbuka untuk memaafkan ayah.
Tiba tiba hati Mansur menjadi hiba dan sayu lalu dia menangis  bila membaca tulisan Mira yang terakhir itu. Mansur mendekati Mira, anaknya di tempat tidurnya.   Dia merenung wajah Mira sambil mengusap usap rambutnya.
Dengan linangan air mata Mansur berbisik ke telinga Mira,”Mira anakku sayang, maafkan ayah nak, Mira memang mempunyai hati emas.  Ayah memang tidak pernah minta maaf pada Mira atas janji-janji yang tidak pernah Ayah penuhi padamu, nak. Dan Ayah selalu menganggap yang Mira sudah melupakannya, sebab setiap pagi Ayah tengok wajah Mira begitu ceria dan selalu tersenyum.”
“Tapi Ayah silap, itu cuma lakonanmu semata dan yang pasti Mira masih tetap menyimpan dan masih mengingatinya dalam tulisan tulisanmu ini.”“Entah sudah berapa banyak kekecewaan yang ada didalam hatimu nak, seandainya Mira masih lagi tidak dapat memaafkan Ayah.”  “Ayah akan menunggumu sampai esok pagi untuk meminta maaf padamu, Mira.......”

keistimewaan wanita..

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


nie untuk hari ini t ader lg kihkihkih...

Tuesday 20 September 2011

pelamin angan ku musnah.. kihkihkih

Hujan turun dengan lebatnya justeru itu juga menandakan berakhirnya pesta majlis perkawinan antara Alia dan Jefry.  Kebanyakkan tetamu semuanya sudah pulang.

Ramai saudara mara Jefry yang menyertai langkah mereka kekamar pengantin pada malam itu, sambil tersenyum dan berbisik sesama sendiri seolah olah mengusik kedua pengantin baru tersebut. Tetapi tidak demikian dengan expresi wajah Alia. Alia nampak tegang, gugup bahkan kelihatan sedikit ketakutan berbanding dengan Jefry yang kelihatan tenang sahaja.
Perkahwinan ini bukanlah kehendak hati Alia dan Jefry.  Bahkan sebelum ini sebenarnya mereka tidak pernah bersua muka apalagi berkenalan antara satu sama lain.  Ia adalah keinginan kedua orang tua mereka masing masing. Bagi mereka berdua, sebagai anak kepada seorang ahli korporat yang terkenal dikalangan masyarakat Singapura seperti keluarga mereka itu, mereka berdua tidak mampu menolak keinginan kedua orang tua masing masing demi maruah keluarga.

Tetapi bukan sebab perkahwinan itu sebenarnya yang menggelisahkan hati Alia, bukan juga karena keperibadian Jefry, yang dilihatnya sangat kacak, tenang, ramah, lembut, bahkan teramat lembut, tetapi  sebaliknya Alia amat takut dan bimbang dengan keadaan dirinya sendiri.  Ada rahsia yang tersembunyi disebalik raut wajahnya yang ayu itu.  " Maklumlah, baru pertama kali..." Ibu Alia berusaha menenangkannya sepanjang siang tadi, namun tidak berhasil, Alia tetap juga berwajah sugul.
Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam.  Suasana diluar yang tadinya kedengaran begitu riuh rendah sekali dengan suara saudara mara Jefry, tiba tiba bertukar menjadi senyap dan sunyi.  Barangkali mereka semua sudah tidur, fikir Jefry. Di kamar, pengantin nampaknya kekok, kaku dan begitu sepi sekali.  Tiada komunikasi antara keduanya. 

Jefry kelihatan  sangat tenang sekali, tetapi sebaliknya Alia  terus menerus kelihatan gelisah,  masih terbayang lagi dibenak fikirannya akan pengalaman buruknya yang telah merenggut kegadisannya! hal itulah yg terus membelenggu fikirannya, dia tidak berkesempatan menceritakan hal yang sebenarnya  kepada Jefry, lagi pun Alia merasa takut.

Memang tragedi itu bukan kehendaknya, dia menghadiri satu pesta ulangtahun kawan baiknya, Sally.  Kamal, kawan sekerjanya, lelaki yang di anggapnya  paling baik ternyata adalah lelaki yang paling buas.  Kamal telah memberinya ubat tidur ketika dia mengadu sakit kepala hingga secara tidak sedar Alia telah  menyerahkan kegadisannya kepada lelaki keparat itu yang sehingga kini hilang entah kemana.  Sejak peristiwa itu Alia jadi takut, bingung, sedih dan macam macam lagi perasaan yang menghantui dirinya.
Tiba tiba lamunan Alia terhenti.  "Abang lihat sejak dari  tadi Lia termenung, kelihatan gelisah saja.  Macam ada sesuatu yang Lia fikirkan dan sembunyikan dari Abang," tenang Jefry bertanya  memulakan bicara pada malam yang indah itu.  Apa... Lia tak suka Abang?" soal Jefry lagi.  "Bukan, bukan itu,  sama sekali bukan." Alia masih cuba menyembunyikan lagi perasaannya.  "Cuma Lia belum biasa dengan Abang," balas Alia lagi.

Mereka memang belum pernah kenal antara satu sama lain, kerana sudah bertahun tahun lamanya Jefry menetap di Amerika.  Cerita tentang Jefry hanya sedikit sahaja yang Alia tahu, itu pun Ibunya yang memberitahunya.  Kata Ibu Alia, Jefry baik orangnya, kaya raya dan berpangkat. 
Hal itulah yang  membuat Alia  bertambah takut, was was dan cemas sekali.
"Alia! Lia tahu tak yang abang sudah  biasa hidup di negeri yg sangat bebas pergaulannya antara lelaki dan perempuan, bersikap terbuka, tak perlulah Lia malu malu lagi dengan Abang.  Abang tahu  pernikahan kita ini adalah pilihan orang tua kita, itu sudah pasti, tapi budaya kita, menghendaki Abang untuk menghormatinya dan sanggup mengambil  risiko dari sebarang keputusan  yang Abang buat" Jelas Jefry dengan panjang lebar. 

"Lia tahu, tapi tidak mudah bagi Lia untuk memahami Abang dalam waktu yang sesingkat ini.  Bagilah Lia sedikit masa lagi" jawab Alia dengan lembut.  "Apakah Abang kurang menarik untukmu?"  "Bukan itu masalahnya, Lia sudahpun menerima Abang, sejak kita diijabkabul siang tadi, cuma...."  "Cuma apa? masalah kegadisan?"  Tersentak Alia mendengar pertanyaan yang terpacul keluar dari mulut suaminya itu. 

Ini membuatnya bertambah tambah gelisah, malu, takut dan macam macam lagi perasaan yang datang ketika itu.  Dadanya juga semakin berdebar.  "Jangan bimbang, Abang sudah biasa hidup di Amerika, hal itu bukanlah menjadi hal utama dan terpenting bagi seoarng gadis.." 

Nyaris saja Alia tersedak karena terkejut mendengar kata kata Jefry itu.  Bagaimana Jefry boleh meneka dengan cepat dan tepat sekali.  Hairan Alia memikirkannya. Alia terdiam seketika.

Jefry meneruskan kata katanya, "Tentu Lia terperanjat bukan! macamana Abang boleh tahu tentang kejadian itu.  Kamal, lelaki yang telah memperkosamu itu adalah kawan baik Abang semasa kami sama sama belajar  di Amerika dulu." secara tidak sengaja Jefry menceritakan tentang perkara itu, tetapi tiba tiba dia menyesal sekali.  "Ah....... kenapa begitu lancang sekali mulut aku pada malam bersejarah ini."  Jefry berkata dalam hati. 

Hancur hati Alia disaat itu, rahsia yang bertahun tahun disembunyikannya telah terbongkar oleh suaminya sendiri.  Alangkah sedihnya Alia.  Tiba tiba air matanya mengalir deras membasahi pipinya yang gebu itu. 

"Lia, setiap orang mempunyai rahsia masing masing, setiap orang ingin dipandang suci, bersih, baik tapi itu semua tidak mungkin dapat mengubah kenyataan hidupnya, demikian juga dengan Abang..." terputus disitu sahaja cerita Jefry. 

Dengan penuh keraguan Alia menatap wajah Jefry.  "Kenapa dengan Abang? sudah ada isteri? sudah ada anak? atau..... ada gadis lain yang Abang cintai?" tanya Alia bersungguh sungguh. 

Jefry menghela nafas panjang, " Lebih parah dari itu..., Abang  sama saja seperti Alia, badan dan tubuh Abang saja nampak lelaki, tapi sebenarnya jiwa Abang, jiwa Abang ....."  "Kenapa dengan jiwa Abang, kenapa bang, kenapa...?  soal Alia lagi bertalu talu.  "Abang "GAY", Abang "GAY" Alia."  Masyallah! tiba tiba sahaja dunia terasa gelap.  Badan Alia bertukar menjadi begitu lesu sekali, Betulkah apa yang aku dengar ini, bisik Alia sendirian.  Betul ke apa yang dikatakan oleh suamiku itu? 

Alia tergamam....  Jefry yang tampan itu seorang Gay? Gay!Gay!.... berulangkali Alia menyebut kata-kata itu. Suasana hening seketika, masing masing  berbicara dengan fikiran masing masing.  Alia merasa amat kecewa sekali, lelaki yang diharapkan dapat membahagiakannya rupa rupanya seorang Gay. 

Malam pertama yang seharusnya indah bagi sepasang pengantin yang 'normal' ternyata hanya bertukar menjadi kepedihan, kesedihan, kepiluan bagi Alia, bukan sahaja suaminya tahu tentang rahsianya, tapi lebih buruk lagi, dia menikahi seorang Gay?! 
Patutlah Jefry nampak tenang sahaja, sejak siang tadi  tanpa sebarang reaksi, tidak resah juga tidak bahagia, rupa rupanya ternyata dia seorang Gay.
Alia menyalahkan dirinya sendiri, itulah, bila niat untuk berkahwin tidak berasal dari hati nurani sendiri, calon suami atau isteri belum kita ketahui betul betul, hal hal buruk seperti ini  memang mudah terjadi. Yang tinggal adalah satu penyesalan dan tangisan yang tiada hentinya.

"Abang, kalau Abang sudah tahu yang Abang ini seorang Gay, kenapa Abang  bersedia untuk mengahwini Lia?" dalam tangisan Alia bertanya.  Kenapa Abang tergamak melakukan ini semua.  Kenapa???"  tangisan Alia semakin kuat. 

Dengan rasa bersalah Jefry menjawab,"Abang hanya menurut kehendak mak ayah Abang! Abang sangat sayang pada keduanya...." 

"Sekarang bagaimana? tak kan kita hendak terus hidup berpura pura begini semata mata hendak menjaga hati orang tua kita?"  "Entahlah, Abang pun tak tahu.  Tapi Abang rasa elok kalau Lia ikut Abang balik ke Amerika, disana kita boleh fikirkan tentang  masalah kita  ini, lagipun bukankah menurut hukum islam, Lia sudah sah menjadi isteri Abang?  Mungkin kita tidak menikah secara fizik, secara badani atau pun emosi, tapi ada hukum yang telah mengikat kita berdua.  Abang tidak ingin melihat kedua dua orang tua kita kecewa disebabkan keputusan yang kita ambil... Kita harus bijak Lia." 
Keadaan kembali sunyi.  Kamar pengantin yang dihiasi indah sudah tidak bermakna lagi buat Alia. Alia sudah kecewa dan dia tidak pasti lagi apakah esok masih ada!!!  Pelamin anganku telah musnah sama sekali........